Orang kata...
nak maju ke hadapan..
jangan takut dengan cabaran..
tapi jangan berdiam diri bila terima cabaran..
jangan terima saja seadanya..
kita kena berani..
kalahkan cabaran tu..
bukan sekadar bersabar..
dan tunggu semua berakhir dengan sendiri..
jangan takut nak bersuara..
kalau ada sesuatu yang tidak kena pada tempatnya..
kalau tak,
xde maknanya hidup..
kalau xmengikut acuan sendiri..
tapi dibentuk pemikiran, dan cara orang lain...
biar berani kerana benar..
bukannya takut kerana xrela dipandang senget
bila kita cuba nak dapatkan apa yang sepatutnya ada pada kita..
kita mengaku kita hebat,
gah,
bijak,
tetapi realitinya kita takut untuk bersuara..
sekali kena cucuk, kena herdik, kena maki,kena pijak..
terus terdiam..
langsung xteringin nak bangun, teruskan usaha..
dan teruslah kita hidup dengan alasan..
"kita dah cuba sedaya upaya, ada hikmahnya"
mentaliti kita,
"jangan radikal, jangan memberontak, xde gunanya, biarkan je"
lihatlah zaman sebelum merdeka,
penuh dengan orang2 yang berani bersuara,
yang sedar, benda xkan berubah selagi xada siapa yang berani tampil untuk mengubah benda tersebut..
tapi bila sudah merdeka,
semuanya takut,takut nak menegur..takut segala-galanya..
kenapa?
alasannya...
"kita dah dapat semua nie, jangan nak lebih2 pulak, yang dah lepas tu, lepas je lah, xelok buruk-burkkan orang atasan kita"
bangsa kini, mengagung2kan martabat orang atasan,
terlalu bertolak ansur dengan mereka..
walaupun kadang2 mereka sedar,
orang atasan tu dah banyak menyusahkan mereka,
meletakkan hidup mereka/ rakan2 mereka dalam terumbang ambing..
tapi yang lebih malangnya,
kesalahan yang penuh berbukit,
ditutup oleh selembar kebaikan yang btul2 nipis..
kebaikan yang hanya berlaku pada segelintir orang..
yang tidak membawa seluruh kumpulan ke hadapan..
adakah logik..
kebaikan tetap kebaikan,
kita masih berterima kasih,
tetapi kalau disertakan dengan keburukan,
janganla kita tutup saja sebelah mata,
anggap semua tu ujian semata-mata,
bila kita begitu,
tahniah, anda baru sahaja menjadi bangsa yang lemah..